Hukuman mati mandatori harus segera dimansuhkan sebagai langkah segera ke arahpemansuhan penuh

KENYATAAN MEDIA

3 OKTOBER 2022

Amnesty International Malaysia, bersama-sama ahli keluarga orang yang dihukum mati, menantikan pembentangan pindaan perundangan yang diperlukan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori sesi Parlimen ini yang bermula 3hb Oktober.

Bagi membuktikan komitmennya untuk menamatkan hukuman mati mandatori, Amnesty menggesa kerajaan supaya mengutamakan pembentangan rang undang-undang sebaik sahaja Parlimen bersidang.

“Hasrat untuk menamatkan hukuman mati mandatori adalah satu langkah penting ke arah pemansuhan sepenuhnya satu hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan merendahkan maruah,” kata Katrina Jorene Maliamauv, pengarah eksekutif Amnesty International Malaysia. “Kami menggesa kerajaan untuk merebut peluang bersejarah ini dan membentangkan pindaan itu tanpa berlengah-lengah. Kami juga menggesa semua ahli parlimen untuk menyokong pemansuhan sepenuhnya hukuman mati mandatori dan meringankan hukuman mati sebagai langkah yang pertama pembaharuan yang lain ke arah pemansuhan.”

Dengan lebih 1,300 individu dihukum mati, p ini er untuk menjejaskan kehidupan ribuan— mereka yang dihukum mati serta keluarga dan orang tersayang mereka. Untuk memastikan keadilan dan melindungi daripada diskriminasi, kerajaan mesti memulakan semakan kehakiman individu bagi setiap kes, dengan tujuan untuk menentukan hukuman alternatif yang selaras dengan undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

“Keluarga orang yang dihukum mati telah menyatakan keyakinan yang berhati-hati dengan ikrar kerajaan. Mereka berharap, tetapi bimbang mereka boleh kecewa jika reformasi ini terhenti atau tidak mencukupi,” kata Katrina. “Oleh itu, amat mustahak untuk sebarang pindaan perundangan dibentangkan dengan segera sebelum sebarang kemungkinan pembubaran Parlimen. Berikutan itu, setiap kes mesti disemak oleh badan kehakiman dengan tujuan meringankan hukuman mereka, dan tidak mempunyai keputusan menyeluruh yang dilaksanakan untuk semua.”

Amnesty International juga menggesa agar moratorium hukuman mati, yang telah dilaksanakan sejak 2018, dikekalkan sehingga hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya dan semua hukuman mati diringankan.

“Kerajaan berpeluang mencipta sejarah dan menyelamatkan nyawa pada sidang Parlimen yang akan datang ini. Kami menyeru untuk menunaikan janjinya,” kata Katrina. “Menamatkan hukuman mati mandatori merupakan langkah pertama yang positif. Kami terus menggesa kerajaan Malaysia untuk menyertai majoriti negara di seluruh dunia dan memansuhkan sepenuhnya hukuman mati.”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected]

Tekan sini untuk membaca kenyataan ini dalam Bahasa Inggeris:
https://www.amnesty.my/2022/10/03/mandatory-death-penalty-should-be-swiftly-abolished/