Pemansuhan Hukuman Mati

FAKTA UTAMA

469
hukuman mati yang dijalankan di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
1,337
orang yang sedang menjalani hukuman mati di Malaysia.
67.5%
daripada semua banduan hukuman mati telah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952, satu kesalahan yang tidak pun memenuhi ambang “jenayah paling serius” di bawah undang-undang antarabangsa.

All death penalty will be abolished. Full stop.

Liew Vui Keong, Menteri Undang-undang de facto, 10 Oktober 2018 

Status Terkini Hukuman Mati di Malaysia

Hukuman mati kini dikekalkan bagi 33 kesalahan di Malaysia, termasuk 12 kesalahan yang merupakan hukuman mandatori, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini kebanyakannya digunakan untuk kes-kes pembunuhan dan pengedaran dadah. Sehingga Februari 2022, dilaporkan 1,341 banduan yang dikenakan hukuman mati di Malaysia, termasuk 506 (38%) warga asing. Daripada jumlah tersebut, 67.5% telah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah. Sesetengah etnik minoriti terlalu banyak mewakili hukuman mati, manakala maklumat terhad yang tersedia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka yang dihukum mati adalah mereka yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang kurang baik. 

Walau bagaimanapun, terdapat peluang penting untuk perubahan di Malaysia. Pada 27 Mac 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said membentangkan dua rang undang-undang di Parlimen untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberi kuasa budi bicara kepada hakim, menghapuskan pemenjaraan seumur hidup sehingga kematian semula jadi sebagai hukuman alternatif, dan memberi peluang kepada semua yang dihukum mati untuk mendapat manfaat daripada pembaharuan itu. Amnesty International mengalu-alukan pengumuman ini sebagai langkah penting ke arah pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di Malaysia.

Tekan di sini untuk membaca analisis komprehensif bagi dua rang undang-undang yang dibentangkan pada 27 Mac 2023.

BERIKUT CARA ANDA BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN:

TULIS MESEJ ANDA KEPADA PERDANA MENTERI ISMAIL SABRI DAN MENTERI UNDANG-UNDANG WAN JUNAIDI UNTUK MENDORONG MEREKA MENUNAIKAN JANJI DAN MEMANSUHKAN HUKUMAN MATI MANDATORI OKTOBER INI!


Mainthan A/L Arumugam: tetap dijatuhkan hukuman mati walaupun mangsa beliau didapati hidup dan tidak mati seperti yang didakwa. 

Jenayah yang dikenakan hukuman mati di Malaysia 

  • Pembunuhan 
  • Pengedaran dadah 
  • Pengkhianatan 
  • Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong (Raja) 
  • Keganasan 
  • Penculikan atau penculikan untuk membunuh 
  • Pemilikan senjata api 
  • Bersubahat dengan pemberontakan (Angkatan Tentera) 
  • Pengambilan tebusan 

Kebimbangan lain yang berkaitan dengan hukuman mati

Proses Pengampunan Rahsia

Hanya Yang Di-Pertuan Agong (Raja) dan Sultan setiap negeri yang mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan kepada banduan hukuman mati melalui lembaga pengampunan, untuk meringankan hukuman mereka kepada penjara seumur hidup — di mana banduan akan menjalani hukuman penjara minimum 30 tahun. Menurut Jabatan Penjara, lembaga pengampunan pelbagai negeri di Malaysia meringankan hukuman mati ke atas 165 orang yang telah dihantar untuk dilaksanaan hukuman mati ke atasnya dari 2007 hingga 2017. Pada masa yang sama, 35 hukuman mati telah dilaksanakan. Sehingga September 2022, 1,337 orang menanti pelaksanaan hukuman mati ke atas diri mereka. 

Komitmen Antarabangsa Malaysia

Malaysia tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) mahupun Protokol Pilihan Keduanya yang bertujuan untuk menghapuskan hukuman mati (1989). Pada Mac 2014, Malaysia menolak semua syor untuk mewujudkan moratorium ke atas hukuman mati dan memansuhkan hukuman mati yang dibuat oleh negara anggota PBB yang lain pada Kajian Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia PBB, bertujuan untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia negara. 

Tinjauan pendapat umum yang dijalankan pada tahun 2012 oleh, Projek Hukuman Mati (Death Penalty Project – DPP) bersama Majlis Peguam Malaysia, mendapati bahawa “rakyat Malaysia menyokong hukuman mati tetapi tidak bersedia untuk melaksanakannya”. Hasil yang menggalakkan ini menunjukkan bahawa dengan jumlah kesedaran dan pendidikan yang betul, orang ramai boleh diyakinkan bahawa hukuman mati sebenarnya adalah pelanggaran hak asasi manusia. 

Kurang ketelusan dalam melaksanakan hukuman mati di Malaysia

Malaysia menghadapi reputasi buruk kerana melaksanakan hukuman mati secara rahsia. Bersama-sama dengan negara-negara seperti India, Indonesia, Jepun, dan Sudan Selatan, serta dalam beberapa kes di Iran, banduan mahupun keluarga atau peguam mereka tidak dimaklumkan tentang pelaksanaan hukuman mati yang bakal berlaku. AI Malaysia mengkritik Malaysia kerana terus melaksanakan hukuman mati secara rahsia yang secara langsung melanggar piawaian antarabangsa. Pada tahun 2013, terdapat sekurang-kurangnya dua hukuman mati yang diketahui telah berlaku di Malaysia dan kedua-dua hukuman mati itu diselubungi kerahsiaan kerana pihak berkuasa tidak membuat sebarang pengumuman tentang hukuman mati yang akan dijalankan dan tiada sebarang maklumat posthumus (anumerta) mengenai individu yang dihukum mati. 


Ketahui lebih lanjut

Kesilapan Membawa Maut: Laporan Terkini 2019 Amnesty International mengenai hukuman mati 

A brief history of the death penalty in Malaysia

Take action for Hoo Yew Wah, currently on death row

Background of Amnesty’s work on death penalty abolition worldwide

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terkini dalam kempen kami untuk menghapuskan hukuman mati di Malaysia!