Kerajaan Malaysia mesti menyokong peringanan hukuman mati Pannir Selvam di Singapura

berikan pannir peluang kedua

📣 Pihak berkuasa SG mesti menghentikan sebarang rancangan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas pannir selvam, warganegara malaysia dihukum mati di sg. Kes beliau dicemari dengan beberapa pelanggaran undang2 dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. @MalaysiaMFA @tokmatn9

Pannir Selvam adalah salah seorang daripada beberapa warganegara Malaysia yang dikenakan hukuman mati di Singapura. Pada tahun 2017, ketika berusia 29 tahun, beliau dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana mengimport lebih daripada 50g diamorphine (heroin) – sesuatu kesalahan yang tidak memenuhi ambang “jenayah paling serius” yang mana penggunaan hukuman mati mesti dihadkan, seperti yang didapati di bawah undang-undang dan piawaian antarabangsa. Singapura adalah satu daripada lima negara yang disahkan oleh Amnesty International telah melaksanakan hukuman mati atas kesalahan berkaitan dadah pada tahun 2023. 

Kes Pannir Selvam dicemari oleh beberapa pelanggaran undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Hukuman mati dikenakan sebagai hukuman mandatori, yang bermaksud bahawa hakim tidak boleh mengambil kira keadaan tertentu kesalahan atau latar belakangnya. Hakim mendapati Pannir Selvam telah bertindak sebagai “kurier” kerana beliau hanya mengangkut dadah. WalaubBagaimanapun, Pendakwaan tidak memberikan beliau Sijil Bantuan Substantif yang mengakibatkan hakim tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung mandatori. Proses ini melanggar hak untuk perbicaraan yang adil, kerana ia meletakkan keputusan antara hukuman hidup atau mati di tangan pegawai yang bukan pihak neutral dalam perbicaraan,  pihak yang tidak sepatutnya mempunyai kuasa sedemikian dan juga menjejaskan pemisahan yang jelas yang mesti wujud antara pendakwaan dan mahkamah. 

Selain itu, sabitan itu dicapai dengan bergantung pada anggapan undang-undang tentang pengetahuan mengenai dadah tersebut di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Apabila anggapan undang-undang ini digunakan, beban pembuktian dialihkan kepada defendan untuk disangkal kepada piawaian undang-undang yang lebih tinggi iaitu “pada imbangan kebarangkalian”. Anggapan bersalah di sisi undang-undang melanggar hak untuk dianggap tidak bersalah – suatu norma lazim undang-undang antarabangsa biasa – dan jaminan perbicaraan adil lain di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang memberi mandat bahawa beban membuktikan pertuduhan terletak pada pihak pendakwaan. 

Tujuh tahun kemudian, Pannir Selvam kekal sebagai banduan akhir. Beliau mungkin berhadapan risiko yang lebih tinggi apabila sudah ketandusan tindakan kehakiman. 

Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu? 

Tandatangani petisyen dan gesa kerajaan Malaysia campur tangan bagi meringankan hukuman mati yang dikenakan ke atas warganegara Malaysia, Pannir Selvam dan orang lain yang berhadapan dengan hukuman mati di Singapura. Sign the petition and call on the Malaysian Minister of Foreign Affairs to intervene to secure the commutation of the death sentence imposed on Malaysian national Pannir Selvam and others facing execution in Singapore.