MEMORANDUM MEMBANTAH PINDAAN AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 (AMCP 1984) SERTA AKTA-AKTA LAIN YANG MENYEKAT KEBEBASAN BERSUARA

Tarikh: 4 Disember 2024

Kepada:

  • YAB Perdana Menteri Malaysia
  • YB Menteri Dalam Negeri
  • YB Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
  • YB Menteri Komunikasi
  • Kerajaan Malaysia

Daripada:
Sekretariat Fourth for the Fourth (404)

  • Gerakan Media Merdeka (GERAMM)
  • Centre for Independent Journalism (CIJ)
  • Kesatuan Kebangsaan Kewartawan Semenanjung Malaysia (NUJM)

PENGENALAN

Kami, Sekretariat Fourth for the Fourth (404), sebuah gabungan yang komited mempertahankan kebebasan media sebagai estet keempat (Fourth Estate), ingin menyuarakan bantahan tegas terhadap cadangan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) serta undang-undang lain yang mengancam kebebasan bersuara.

Sebagai Fourth Estate, media memainkan peranan penting dalam menegakkan demokrasi dengan memantau kuasa eksekutif, legislatif, dan kehakiman. Media yang bebas adalah pengimbang kuasa (check and balance) yang membolehkan rakyat mendapat maklumat yang tepat, objektif, dan tidak dipengaruhi oleh tekanan politik atau kepentingan peribadi. Pindaan dan cadangan perundangan baharu yang membolehkan kawalan ketat terhadap media bukan sahaja melemahkan fungsi ini, tetapi juga mengkhianati asas kebebasan yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


ISU PENTING DALAM PINDAAN YANG MENJEJASKAN KEBEBASAN BERSUARA

1. Pindaan Tanpa Penglibatan Bermakna dengan Pemegang Taruh

  • Proses penggubalan pindaan atau sebarang perundangan baharu seperti terhadap AMCP 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Rang Undang-Undang Keselamatan Atas Talian (Online Safety Bill), dan rejim perlesenan media digital sering dilakukan tanpa konsultasi bermakna (meaningful engagement) dengan pemegang taruh seperti organisasi media, wartawan, dan masyarakat sivil.
  • Proses ini mencerminkan keengganan kerajaan untuk menghormati suara pihak yang akan terkesan secara langsung oleh perubahan tersebut.

2. Ancaman Terhadap Media Sebagai Fourth Estate

  • Peranan media sebagai Fourth Estate semakin tergugat dengan cadangan perluasan kawalan yang melampau kepada penerbitan digital, portal berita, dan media sosial.
  • Pada masa yang sama kelewatan dalam menggubal undang-undang Hak Mendapat Maklumat (Right to Information) dan penggunaan melampau dan tidak terkawal Akta Rahsia Rasmi mewujudkan budaya kerahsiaan dan kekaburan yang menafikan ketelusan dan akses kepada maklumat yang dipegang oleh kerajaan. Ini secara tidak sengaja menafikan hak media dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai dan tepat pada masanya.
  • Penapisan dan kawalan yang ketat akan menyekat media daripada melaporkan isu-isu kritikal dan membongkar salah guna kuasa, sekali gus menghalang penyertaan awam dan merencatkan proses demokrasi.

3. Rejim Pelesenan Media Digital

  • Pengenalan rejim pelesenan untuk media digital berpotensi digunakan untuk menghalang media bebas daripada beroperasi dengan alasan teknikal atau politik.
  • Langkah ini bercanggah dengan perkembangan global yang menggalakkan kebebasan bersuara di era digital.
  • Langkah ini juga merencatkan perkembangan kreativiti untuk kandungan dalam talian.

4. Online Safety Bill dan Tafsiran Kandungan Berbahaya

  • Tafsiran samar terhadap “kandungan berbahaya” dalam Online Safety Bill membuka ruang untuk kawalan tidak wajar terhadap platform digital, termasuk penghapusan kandungan kritikal terhadap kerajaan.
  • Perundangan ini mencetuskan kebimbangan tentang pengurangan akses kepada maklumat yang sahih dan penting kepada rakyat.

5. Peningkatan Hukuman dan Kawalan yang Melampau

  • Pindaan terhadap AMCP 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998) mencadangkan peningkatan hukuman berat, yang dilihat sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan, penerbit, dan individu.
  • Hukuman ini mengancam kelangsungan operasi media kecil dan bebas yang merupakan nadi kepada wacana kritikal dan pelaporan alternatif.

KRITIKAN TERHADAP PROSES PENGGUBALAN DAN PENGUATKUASAAN

1. Kurangnya Libat Urus Yang Bermakna (Meaningful Engagement)

  • Tiada perundingan menyeluruh dengan pihak media dan organisasi masyarakat sivil.
  • Proses yang tertutup ini mengabaikan prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang sepatutnya diamalkan dalam sistem demokrasi.

2. Pengukuhan Kawalan Tanpa Asas Kukuh

  • Sebarang pindaan dan perundangan baharu yang bertujuan memperketatkan kawalan terhadap media hanya akan menambah persepsi bahawa kerajaan cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan terhadap tindakan mereka.

3. Ketidaksesuaian dengan Aspirasi Demokrasi

  • Pindaan dan perundangan baharu ini bercanggah dengan janji reformasi untuk memperkukuh demokrasi dan kebebasan bersuara di negara ini.
  • Secara umum, ia gagal mematuhi standard undang-undang antarabangsa dan domestik yang ditetapkan bagi “ujian tiga syarat” iaitu (i) diperuntukkan oleh undang-undang (legality), (ii) keperluan (necessity), dan (iii) perkadaran (proportionality) apabila melibatkan sebarang jenis sekatan yang sah terhadap kebebasan maklumat, ekspresi dan pendapat kita.

TUNTUTAN KAMI

1. Hentikan Pindaan dan Perundangan Baharu yang Menyekat Kebebasan Bersuara

  • Batalkan cadangan pindaan dan perundangan baharu terhadap AMCP 1984, AKM 1998, Online Safety Bill, rejim pelesenan media digital, dan undang-undang lain yang menyekat kebebasan bersuara.

2. Hormati Peranan Media Sebagai Fourth Estate

  • Akui dan hormati media sebagai Fourth Estate yang bertanggungjawab memantau dan mengimbangi kuasa kerajaan.

3. Laksanakan Proses Libat Urus/Konsultasi yang Inklusif

  • Libatkan organisasi media, wartawan, dan masyarakat sivil secara menyeluruh dalam proses penggubalan undang-undang yang memberi kesan langsung kepada kebebasan bersuara.

4. Pemansuhan Undang-Undang Lapuk dan Menindas

  • Mansuhkan AMCP 1984, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan pindaan AKM 1998 yang menyalahgunakan Seksyen 233 untuk mendakwa rakyat atas alasan subjektif.
  • Perkasakan eko-sistem informasi dengan mempercepatkan mengubalan akta hak mendapatkan maklumat.

5. Penubuhan Majlis Media Malaysia yang Bebas

  • Bentangkan rang undang-undang Majlis Media Malaysia tanpa berlengah lagi bagi menyokong pembentukan badan kawal selia kendiri yang bebas dengan pelbagai pemegang taruh (multi-stakeholder) untuk menggubal garis panduan dan etika media tanpa campur tangan kerajaan.

KESIMPULAN

Kami menegaskan bahawa kebebasan bersuara adalah hak asasi rakyat Malaysia yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pindaan undang-undang yang menjejaskan hak ini tanpa proses konsultasi bermakna hanya akan mengundang kerosakan kepada demokrasi negara.

Sebagai Fourth Estate, media bukan sahaja melaporkan berita tetapi juga memastikan kuasa tidak disalahgunakan. Kerajaan mesti mengiktiraf peranan ini dan mengambil langkah konkrit untuk memperkukuh kebebasan media demi kepentingan rakyat dan negara.

Memorandum in diperakui (endorsed) oleh organisasi dan individu berikut: 

Media:

  1. Mkini.com (Malaysiakini)
  2. Astro Awani
  3. Ekonomi Rakyat (ekonomirakyat.com.my)
  4. CodeBlue
  5. The Malaysianist
  6. Sinar Harian
  7. Malaysia World News
  8. Cilisos Media
  9. Macaranga Media
  10. The Fourth
  11. Twentytwo13

Masyarakat sivil atau organisasi lain:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
  2. Women’s Aid Organisation (WAO)
  3. Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental (SIUMAN)
  4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  5. Freedom Film Network
  6. Autism Inclusiveness Direct Action Group (AIDA)
  7. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)
  8. Persatuan Wartawan Malaysia
  9. Pusat KOMAS (KOMAS)
  10. Justice for Sisters (JFS)
  11. National Union of Transport Equipment and Allied Workers
  12. The OKU Rights Matter Project
  13. Islamic Renaissance Front (IRF)
  14. Kemban Kolektif
  15. ARTICLE 19
  16. Persatuan Penulis Berbilang Bahasa (PEN Malaysia)
  17. Deaf Advocacy and Well-Being National Organisation (DAWN), Malaysia
  18. Malaysia Independent Living Association for Disabled (MILAD)
  19. Agora Society Malaysia 
  20. Amnesty International Malaysia (AIM)
  21. Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia
  22. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
  23. Ikatan Demokratik Mahasiswa Malaysia (MDM)
  24. Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (MPPFUU)
  25. Treat Every Environment Special (TrEES) 
  26. International Federation of Journalists (IFJ)
  27. North South Initiative
  28. END CSEC Network Malaysia
  29. Protect and Save the Children
  30. Childline Foundation
  31. Family Frontiers
  32. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  33. Sisters in Islam (SIS)
  34. Association of Women Lawyers (AWL)
  35. Voice of Children
  36. Beyond Borders
  37. Sinar Project
  38. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) 
  39. Aliran
  40. Parti Sosialis Malaysia

Individu (Nama Penuh dan Profesion):

  1. R Nadeswaran (Journalist)
  2. Datuk A. Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara/National Journalism Laureate)
  3. Tan Sri Johan Jaaffar (Tokoh Wartawan Negara/National Journalism Laureate)
  4. Chamil Wariya (Kolumnis Sinar Ahad)
  5. Dr G Manimaran (Media Consultant & Election Analyst)
  6. Ivy Josiah ( Women’s Rights Activist) 
  7. S. S. Yoga (Journalist)
  8. Karen Lai Yu Lee (Women’s Human Rights Activist) 
  9. Kalash Nanda Kumar (Journalist)
  10. Lim Kah Siang (Journalist)
  11. Hasbeemasputra Abu Bakar (Disabled Disability Advocate)
  12. Zakiah Koya (Journalist)
  13. Beatrice Leong (Gender-Disability Activist, Independent Documentary Filmmaker) 
  14. Norman Goh (Journalist)
  15. Boo Su-Lyn (Journalist)
  16. Dato’ Dr Amar-Singh HSS (Consultant Paediatrician, Child-Disability Activist)
  17. Muzliza Mustafa (Journalist)
  18. Zakaria A. Wahab (Penulis)
  19. Amy Chew (Journalist)
  20. Damien Thanam Divean (pekamalaysia.org)
  21. thilaga sulathireh (human rights activist)
  22. Emmanuel Samarathisa (Journalist)
  23. Zaid Ibrahim
  24. KJ John
  25. Ali Alasri
  26. Yuenwah San (disabled advocate (disability-ageing-gender))
  27. Moses Choo (Peer Counsellor, Malaysia Independent Living Association for Disabled (MILAD), and Blind older person self-advocate)
  28. Srividhya Ganapathy (child rights activist – CRIB Foundation)
  29. Leela Panikkar
  30. Subatra Jayaraj (Reproductive Justice Activist, Medical Doctor)
  31. Gitanjali Muhendaran (21, child rights activist – The Talisman Project)
  32. Beverly Joeman (Human Rights Activist)
  33. Moses Choo (Peer Counsellor, Malaysia Independent Living Association for Disabled (MILAD), and Blind older person self-advocate)
  34. Yuenwah San (disabled advocate (disability-ageing-gender)
  35. Ian Yee (Journalist)
  36. Andrew Khoo (Advocate and Solicitors) 
  37. Hariati Azizan (Journalist)
  38. Maria Chin Abdullah (Human Rights Activist)
  39. Elroi Yee (Journalist)
  40. Fahmi Reza (Political Graphic Designer)
  41. Ambiga Sreenevasan (Human Rights Activist) 
  42. Dania Amani
  43. Arfa Yunus (Journalist)
  44. Maha Balakrishnan (Consultant, Parliamentary Democracy)
  45. Dr Chang Teck Peng (Academic, columnist, former journalist)
  46. Zaharom Nain (Academic)
  47. Yana Karim (Boleh Space Co-Founder, Disabled Disability Rights Advocate)
  48. Zinc Chew (Journalist, documentary filmmaker)
  49. Sheridan Mahavera (Journalist, Filmmaker) 
  50. Hadi Azmi (Journalist, Filmmaker)
  51. Angelin Yeoh (Journalist)
  52. Junaid Ibrahim (Journalist)
  53. Davagandhi Suppiah

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  1. Radzi Razak – GERAMM ([email protected])
  2. Low Boon Tat – NUJM ([email protected])
  3. Wathshlah Naidu – CIJ ([email protected])