Toolkit ini disasarkan kepada organisasi yang sedang mempertimbangkan penggunaan ketidakpatuhan sivil. Ia menggariskan prinsip-prinsip utama dalam melaksanakan ketidakpatuhan sivil serta langkah-langkah untuk menggunakannya secara berkesan—merangkumi perancangan, penilaian risiko, membuat keputusan, pelaksanaan dan penilaian. Toolkit ini turut menyediakan panduan tentang bila dan bagaimana untuk melaksanakan tindakan ketidakpatuhan sivil dengan cara yang mengekalkan tanggungjawab organisasi terhadap mereka yang bertindak atas seruannya, serta mengurangkan risiko reputasi, kewangan, undang-undang dan risiko-risiko lain.
Ketahui Hak Anda. Jaga Keselamatan Anda. Bersuara.
Ingin sertai protes di Malaysia tapi tak tahu apa yang perlu dibuat? Panduan ringkas ini adalah untuk anda — sama ada anda baru pertama kali turun ke jalan, atau sudah lama terlibat dalam aktivisme. Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan jika dihentikan polis, apa hak anda jika ditangkap, dan bagaimana untuk melindungi privasi digital anda. Bagi penganjur pula, panduan ini turut menggariskan prinsip-prinsip asas ketidakpatuhan sivil dan perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam merancang tindakan yang selamat dan bertanggungjawab. Pastikan suara anda didengari tanpa perlu menanggung risiko yang tidak perlu.


