KENYATAAN BERSAMA: Bebaskan peserta himpunan kenang korban covid-19 dengan segera

19 Ogos 2021

Kami menggesa pihak berkuasa agar membebaskan 17 lelaki dan 14 perempuan yang ditangkap semasa sebuah ‘candlelight vigil’ atau himpunan kenang korban di Daratan Merdeka malam ini.

Himpunan tersebut yang disertai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat bertujuan untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia disebabkan Covid-19. Kebanyakkan kematian ini sebenarnya boleh dielakkan dan adalah kesan langsung daripada kegagalan kerajaan dalam mengambil langkah-langkah yang efektif dalam menangani pandemik ini.

Peserta-peserta tersebut hanyalah melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan mereka tidak seharusnya diintimidasi serta ditangkap semata-mata. Himpunan itu diadakan di ruang luar yang besar yang membenarkan penjarakkan yang mencukupi antara para peserta. Penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka diperhatikan secara teliti oleh semua yang hadir.

Sementara halangan bagi perhimpunan yang besar boleh dikenakan untuk tujuan kesihatan awam, halangan-halangan ini haruslah mengikut keperluan dan berpatutan. Penangkapan para peserta dan tindakan pihak polis untuk mengangkut mereka dengan black maria adalah sememangnya tidak perlu dan tidak wajar. Ia merupakan satu pencabulan hak berhimpun secara aman dan hak untuk bersuara. Pihak polis telah dilaporkan gagal untuk memaklumkan para peserta yang mereka telah ditangkap dan hak-hak mereka setelah ditangkap. Pihak polis juga dilaporkan telah mengheret dua orang peserta wanita tanpa kerelaan mereka ke dalam kenderaan.

Dengan meletakkan para peserta di dalam kenderaan black maria, pihak polis telah menyumbat mereka ke dalam ruang tertutup yang kecil. Kalau betul pihak polis sememangnya khuatir dengan kesihatan umum, polis akan membenarkan para peserta untuk menghabiskan himpunan mereka di ruang luar yang besar di mana mereka boleh berkumpul dan bersurai secara aman.

Malaysia telah merekodkan lebih 13,000 kematian oleh sebab Covid-19. Lebih banyak lagi kematian yang akan direkodkan memandangkan 22,948 kes dicatatkan hari ini. Kes-kes dan kemasukkan ICU sedang meningkat secara mendadak di luar Lembah Klang. Apa yang lebih merisaukan ialah negeri-negeri yang lebih kecil mempunyai bilangan katil dan kemudahan yang terhad. Golongan miskin telah menjadi lebih terkesan, dan lebih daif akibat kesan ekonomi pandemik ini

Adalah sangat penting bagi kita untuk mempertahankan hak bersuara dan berhimpun. Pihak berkuasa tidak harus menggunakan pandemik ini sebagai sebab untuk menutup kritikan terhadap kegagalan kerajaan. Walhal, kerajaan telah membenarkan “dine-in” atau makan di dalam restoran di sesetengah negeri di mana pengunjung boleh membuka pelitup muka dan duduk bersama di dalam satu ruang tertutup. Oleh itu, adalah sangat janggal sekiranya pihak berkuasa bertindak menangkap mereka yang berhimpun di luar dengan memakai pelitup muka sambil mengamalkan penjarakan fizikal.

Kami sebulat suara menentang tindakan untuk menutup kritikan. Kami sebulat suara mengangkat kebebasan bersuara dan berhimpun. Kami bersatu dengan orang muda dan rakan-rakan kami yang ditangkap hanya kerana menyuarakan kesedihan yang dirasai di seluruh negara.

Kami menyeru supaya mereka dilepaskan degan segera. Penahanan mereka adalah satu penghinaan ke atas memori rakyat yang Malaysia yang terkorban di dalam pandemik ini.

Kenyataan ini disokong oleh:

Agora Society

ALIRAN

All Women’s Action Society (AWAM)

Dato’ Ambiga Sreenevasan

Amnesty International Malaysia

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Angkatan Mahasiswa UM

Benazir Japiril Bandaran

Bersih 2.0

Beyond Borders Malaysia

Borneo Komrad

Cahaya Society

Centre for Independent Journalism

Communication Action Network (CAN)

Demokrat Kebangsaan

Demokrat UM

Family Frontiers

Freedom Film Network

GERAK

Justice for Sisters

Ivy Josiah

Karyasama

Klima Action Malaysia (KAMY)

KRYSS Network

Malaysia Youths and Students Evolution Melaka

Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch

MAJU

NESA

North South Initiative

Pertubuhan Muafakat Sabah

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM)

Projek Wawasan Rakyat (POWR)

Pusat KOMAS

Pusat Sekitar Seni (PSS)

Sabah Reform Initiative (SARI)

Sisters in Islam

Student Progressive Front UUM

SUARAM

UMANY

Undi Sabah