MAKLUM AHLI PARLIMEN ANDA: KAMI MAHUKAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC) YANG BERKESAN DAN BEBAS

CLICK HERE TO SEND IN ENGLISH

Rang undang-undang  Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) yang lemah dan tidak berkesan akan dibentangkan di parlimen untuk bacaan kedua pada sesi parlimen sekarang.

Walaupun kita sudah menunggu 16 tahun untuk penubuhan suruhanjaya yang menangani salah laku polis, rang undang-undang IPCC yang dibentangkan amat lemah dan tidak berkuasa, malah kurang berkesan daripada proses yang sedia ada di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Berikut adalah beberapa kelemahan utama IPCC yang dicadangkan:

  • IPCC TIDAK mempunyai kuasa untuk melakukan proses sabitan tetapi HANYA dapat membuat cadangan kepada badan penguatkuasa lain (seperti SPRM atau Suruhanjaya Pasukan Polis)
  • Pegawai polis boleh menjadi anggota IPCC
  • Pesuruhjaya IPCC dilantik oleh Perdana Menteri, sementara Setiausaha IPCC dilantik oleh Menteri Dalam Negeri
  • Mereka yang memberi keterangan berhak untuk menolak menjawab soalan yang akan mendedahkan pegawai polis terhadap tuduhan jenayah
  • Seksyen 96 dan 97 Akta Polis dikecualikan daripada IPCC. Ini terdiri daripada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO), yang merangkumi lebih dari 100 kesalahan kecil dan besar
  • Tidak ada garis masa yang ditetapkan untuk merujuk, mengklasifikasikan, dan menyelidiki aduan
  • Tidak ada untuk melibatkan NGO dalam menjalankan tugasnya
  • Rang undang-undang IPCC yang dibentang tidak memberikan suruhanjaya kuasa dan kebebasan yang diperlukan untuk menangani salah laku polis dengan berkesan. Malah, ia mengabaikan dan melemahkan usaha Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Penguruan Polis Diraja Malaysia 2004, termasuk suara, analisis dan input oleh mangsa, rakyat Malaysia, badan hak asasi manusia dan masyarakat madani yang lain. Lagi mengejutkan, IPCC yang dicadangkan ini lebih lemah daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang sedia ada yang terbukti gagal menangani masalah serius salah laku polis.

Pandangan ini juga dikongsi oleh pelbagai pihak, termasuk Amnesty International Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Majlis Peguam Malaysia, Suaram, Human Rights Watch dan banyak lagi organisasi hak asasi manusia. Jika diluluskan, rang undang-undang IPCC akan mengakibatkan Malaysia jauh dari penubuhan suruhanjaya bebas dan berkesan yang sangat kita perlukan.

Baca memorandum yang menggesa Ahli Parlimen untuk menolak rang undang-undang IPCC di bawah: