Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori

Click here to send in English

Pada 27 Mac 2023, dua rang undang-undang – Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan  Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 – telah dibentangkan di Parlimen bertujuan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dengan memberi kuasa kepada kehakiman untuk menjatuhkan hukuman menggunakan budi bicara; menghapuskan pemenjaraan seumur hidup sehingga kematian semula jadi sebagai hukuman alternatif; dan memberi peluang kepada semua yang dikenakan dihukum mati untuk mendapat manfaat daripada reformasi tersebut. 

Kami mengalu-alukan pembentangan rang undang-undang ini sebagai langkah penting ke arah pemansuhan sepenuhnya hukuman mati, yang merupakan hukuman paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah. Kami menggesa Ahli Parlimen dan Dewan Negara untuk: 

• menyokong kedua-dua rang undang-undang tersebut dan merebut peluang bersejarah ini untuk menamatkan penggunaan hukuman mati mandatori sebagai langkah penting ke arah pemansuhan sepenuhnya; 

• memastikan bahawa sebarang proses pendakwaan semula adalah selaras dengan standard antarabangsa untuk perbicaraan adil, termasuk dengan memastikan bahawa mereka yang memohon untuk semakan mempunyai masa yang mencukupi, diberikan sokongan dari segi bahasa, mempunyai akses kepada perwakilan undang-undang, dan dengan menjamin hak mereka untuk merayu keputusan itu; 

• menolak hukuman sebat – yang dilarang di bawah undang-undang antarabangsa – dan hukuman alternatif lain yang melanggar larangan terhadap penyeksaan atau layanan atau hukuman lain yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; dan 

• mengekalkan moratorium ke atas semua pelaksanaan hukuman mati sehingga hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di Malaysia dan semua hukuman mati diringankan. 

Pembentangan rang undang-undang ini memberikan Malaysia suatu peluang unik untuk membuat kemajuan yang ketara ke arah pemansuhan hukuman mati sepenuhnya. Tindakan anda diperlukan untuk memberi galakan kepada ahli Parlimen bagi memastikan hukuman mati mandatori dimansuhkan supaya Malaysia boleh maju ke arah menyertai majoriti negara di seluruh dunia yang telah memansuhkan hukuman mati sepenuhnya.

Tekan di sini untuk membaca analisis komprehensif bagi dua rang undang-undang yang dibentangkan pada 27 Mac 2023.

Tekan di sini untuk maklumat lanjut mengenai hukuman mati di Malaysia.

WHAT DO THE BILLS SAY?

(AS OF 29 MARCH 2023)