PERKASAKAN IPCC UNTUK PULIHKAN KRISIS KEPERCAYAAN PDRM

KENYATAAN BERSAMA MASYARAKAT SIVIL MENGENAI KES SALAH LAKU POLIS DAN PEMBENTUKAN IPCC   
22 JANUARI 2024

Pertubuhan masyarakat sivil (Civil society organisation – CSO) yang tertulis di bawah mengambil serius terhadap trend kes salah laku polis yang kian meningkat baru-baru ini. Ini termasuk kes anggota polis yang didakwa memeras ugut dan rogol remaja Uzbekistan dalam kereta peronda polis, anggota polis menampar orang awam, pegawai kanan polis terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar, inspektor polis ditahan disyaki terlibat melarikan seorang warga Bangladesh, dan lain-lain lagi.  

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi penguatkuasaan terbesar di Malaysia sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat, sebaliknya dalam kes-kes sebegini, pegawai-pegawainya malah menjadi si pelaku yang mengancam keselamatan awam. Kes-kes ini tidak boleh dilihat sebagai jenayah individu tetapi suatu fenomena yang didorong budaya bebas daripada hukuman dalam pasukan polis serta kekurangan langkah-langkah pencegahan yang efektif. Trend ini juga menunjukkan mekanisme pengawasan polis sedia ada yang kurang berkesan. 

Kami berpendapat bahawa Kerajaan Perpaduan telah terlepas peluang keemasan untuk memulihkan fenomena ini dengan memperkasakan institusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). 

Setelah tertangguh sejak Ogos 2023, lebih kurang dua minggu yang lalu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution telah mengumumkan pelantikan lima orang ahli IPCC. Ini berlaku selepas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuat pengumuman tidak lagi menerima aduan berhubung PDRM bermula Julai 2023. Pelantikan-pelantikan ini juga dilakukan tanpa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan terutamanya CSO. 

Jika diteliti akta dan bidang kuasa IPCC sekarang, Kerajaan Perpaduan bukan sahaja tidak menambah baik mengikut pandangan CSO, malah ia tidak sehaluan dengan pendirian Pakatan Harapan sendiri yang menolak RUU IPCC pada tahun 2022. Bidang kuasa IPCC adalah jauh berbeza dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada tahun 2005, jelas IPCC lebih tidak efektif berbanding EAIC yang sememangnya sedia lemah. 

Tidak kira betapa cekap dan berpengalaman ahli Suruhanjaya, kami khuatir kekurangan IPCC secara struktural hanya akan menjadikan ‘Suruhanjaya Rujukan’ (Referral Commission), ibarat ‘harimau tidak bertaring’. IPCC tiada kuasa untuk menggeledah atau menyita, tidak boleh melawat lokap polis tanpa notis awal, malah tidak boleh mengambil tindakan disiplin terhadap pesalah laku dan hanya mampu memberi cadangan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk tindakan lanjut. Kami sangsi bahawa IPCC dapat menangani isu salah laku polis secara efektif memandangkan bidang kuasanya untuk menyiasat dan menguatkuasakan hukuman adalah amat terhad. 

Namun begitu, kami masih bersedia untuk bekerjasama. Kami mencadangkan satu mesyuarat antara CSO dan IPCC untuk diadakan dalam masa terdekat bagi mencari jalan dalam memastikan institusi in dapat sekurang-kurangnya berfungsi secara efektif. Kami juga menyeru kerajaan untuk memastikan pemilihan baki dua orang ahli Suruhanjaya dijalankan secara terbuka dan telus. Selain itu, komposisi IPCC juga perlu mencerminkan masyarakat yang berkepelbagaian. Penilaian berkala (periodic review) terhadap prestasi dan keberkesanan IPCC perlu dilaksanakan setiap dua tahun dan dibentangkan di Parlimen. Pindaan undang-undang dan penambahbaikan dasar perlu diusahakan secepat mungkin agar ia mencapai semangat asal IPCMC, amalan baik dan piawaian antarabangsa. 

Satu badan pengawasan polis yang bebas dan efektif bukan sahaja penting untuk pihak awam tetapi juga kepada pihak polis. Tugas IPCC adalah kritikal terutamanya semasa reputasi dan imej PDRM semakin merosot serta defisit kepercayaan terhadap PDRM semakin melebar. Kami menyeru agar sebarang siasatan terhadap kes-kes salah laku polis dijalankan secara telus dan adil supaya integriti PDRM terpelihara. Kami juga bersedia bekerjasama bagi membina satu pasukan polis yang berakaunbiliti, dipercayai serta dihormati oleh rakyat jelata. 

Disokong oleh: 

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 

2. Centre for Independent Journalism (CIJ) 

3. All Women’s Action Society (AWAM) 

4. Justice for Sisters 

5. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)⁠ 

6. Undi18 

7. North South Initiative 

8. Liga Rakyat Demokratik  

9. University of Malaya Association for New Youth (UMANY)  

10. EMPOWER 

11. Sisters in Islam 

12. Tenaganita 

13. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 

14. Aliran 

15. Movement for Change, Sarawak (MoCS) 

16. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE) 

17. Pusat KOMAS 

18. KLSCAH Youth  

19. Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU) 

20. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) 

21. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement 

22. Gabungan Marhaen 

23. Persatuan Amal Progresif Selangor 

24. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL  

25. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)  

26. JERIT – Jaringan Rakyat Tertindas 

27. Gerak Malaysia 

28. Borneo Komrad 

29. Mamas Bersih 

30. Serikat Malaysia 

31. Sabah AIDS Support Services Association (KASIH) 

32. ⁠Advocates for Non-discrimination and Access to Knowledge (ANAK) 

33. Lawyer Kamek 

34. Penan Empowerment Networking Association (PENA) 

35. Independent Coalition Of Natives (ICON) 

36. KLSCAH Civil Rights Committee (KLSCAH CRC) 

37. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 

38. Jentayu 

39. Persatuan Wanita Maju Selangor & KL 

40. Agora Society 

41. ICON LEGEND, Sarawak 

42. Parti Sosialis Malaysia – PSM 

43. Rahman Student League  

44. Rahman Solidarity League  

45. Persatuan Bertutur Bahasa Mandarin Malaysia Negeri Johor 

46. Student Progressive Front UUM 北大前进阵线 

47. Suara Siswa UUM 北大学声阵线 

48. Gerakan Mahasiswa Maju UPM 

49. Persatuan Bahasa Tionghua USM 理大华文学会 

50. Suara Siswa UM 

51. Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) 

52. Sarawak AIDS Concern Society (SACS) 

53. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) 

54. Global Bersih 

55. Center for Orang Asli Concerns (COAC) 

56. Amnesty International Malaysia 

57. Transparency International Malaysia