Terima kasih kerana berminat dengan program ✨Freedom of Expression Youth Advocacy Program – FoEYAP✨ anjuran Amnesty International Malaysia dan Freedom Film Network sempena 🎉Hari Belia Antarabangsa 2026🎉.
✨Freedom of Expression Youth Advocacy Program (FoEYAP)✨
Kami menantikan permohonan anda!
SOALAN LAZIM (FAQ)
Kami sedia membantu jikalau anda mempunyai sebarang soalan! Berikut ialah beberapa jawapan yang mungkin dapat membantu anda:
Bilakah dan di manakah FoEYAP akan berlangsung?
FoEYAP merupakan program selama 2 hari yang akan berlangsung pada 5 dan 6 September 2026 di Lembah Klang (KL/Selangor). Lokasi tepat akan dimaklumkan kepada peserta yang berjaya.
Apakah yang akan saya pelajari dalam program ini?
Program bersemuka ini terdiri daripada beberapa sesi modul pendidikan yang akan meneroka bagaimana kebebasan bersuara (Freedom of Expression – FoE) berkait rapat dengan pelbagai aspek kehidupan harian anda.
Anda akan belajar daripada pakar dan fasilitator daripada organisasi yang berada di barisan hadapan advokasi FoE iaitu Article 19 Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Freedom Film Network (FFN) dan Amnesty International Malaysia (AIM).
Hari Kedua: Anda akan bekerjasama dengan rakan – rakan peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran ini dalam bentuk pelan advokasi atau kempen serta menerima maklum balas daripada pakar. Anda juga akan dibimbing dengan langkah-langkah seterusnya untuk menterjemahkan idea-idea tersebut kepada inisiatif komuniti berskala kecil.
Hari Pertama: Anda akan meneroka bagaimana FoE berkait rapat dengan penggunaan media sosial, sekatan media, hubungan komuniti, akses kesihatan dan perkhidmatan asas.
Apa lagi yang boleh saya jangkakan daripada program ini?
- Berinteraksi dan membina hubungan bermakna dengan golongan profesional muda, pelajar dan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang.
- Menerima barangan eksklusif dan beg cenderamata.
- Sijil penyertaan bagi peserta yang melengkapkan program.
- Peluang memohon dana untuk menterjemahkan pembelajaran kepada program sebenar dalam komuniti anda.
Bolehkah rakan saya memohon juga?
Ya! Memandangkan program ini bertujuan mewujudkan ruang yang selamat untuk perbincangan serta menggalakkan komunikasi terbuka, kami menggalakkan anda memohon bersama rakan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada awal Ogos 2026.
Adakah pengangkutan, penginapan dan makanan disediakan?
- Makanan akan disediakan sepanjang program untuk semua peserta.
- Kos pengangkutan penuh serta penginapan asas selama 3 malam berhampiran lokasi program akan ditanggung bagi peserta dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain di luar Lembah Klang.
- Elaun pengangkutan sebanyak RM100 akan diberikan kepada peserta dari Lembah Klang.
Adakah lokasi program mudah diakses dengan pengangkutan awam dan mesra OKU?
FoEYAP akan berlangsung di sebuah lokasi yang boleh diakses melalui beberapa stesen LRT dan hentian bas. Walau bagaimanapun, tahap kemudahan akses bergantung kepada lokasi perjalanan anda.
Lokasi program juga dilengkapi dengan tanjakan aras (ramp) bagi memastikan akses yang lebih mudah untuk pengguna kerusi roda.
Bagi memenuhi keperluan akses yang lain serta memastikan penyertaan yang lebih inklusif, kami menggalakkan anda untuk memaklumkan perkara tersebut dalam borang pendaftaran atau menghubungi kami supaya persediaan yang diperlukan dapat dilakukan.
Adakah saya perlu membayar untuk menyertai program ini?
Sila ambil maklum bahawa wang pendahuluan (akan dikembalikan) sebanyak RM30 diperlukan daripada peserta yang berjaya bagi mengesahkan tempat dalam program ini. Kaedah pembayaran akan dimaklumkan setelah keputusan permohonan diumumkan.
Wang pendahuluan tersebut akan dipulangkan sepenuhnya pada hari terakhir program.
Penyertaan dalam program ini adalah berdasarkan merit dan tiada bayaran lain diperlukan.
Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tambahan daripada anda sekiranya ada.
Sila hubungi kami melalui [email protected] dan [email protected] dengan subjek e-mel ‘FoEYAP 2026’


