MAKLUMKAN ISMAIL SABRI MASA UNTUK MANSUHKAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA ADALAH SEKARANG

SERUAN UNTUK BERTINDAK:

Kabinet Malaysia dijangka bersidang pada minggu hadapan untuk menentukan sekiranya hukuman mati mandatori patut dimansuhkan untuk beberapa kesalahan.  Menurut laporan berita, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengumumkan bahawa Kabinet akan membuat keputusan melibatkan pengenaan hukuman mati mandatori di Malaysia sebelum akhir bulan Februari. Sejak perisytiharan moratorium ke atas pelaksanaan hukuman mati pada tahun 2018, ini bakal menjadi langkah seterusnya ke arah matlamat pemansuhan hukuman mati secara keseluruhan di Malaysia.

PADA AHAD 20 FEBRUARI 4PM-6PM:

Sertai kami untuk membanjiri platform media sosial. Tag PM Ismail Sabri (@IsmailSabri60 di Twitter dan IG) dan Menteri Undang-undang Wan Junaidi (@dswjtj di Twitter; @wanjunaidi_tuankujaafar di IG), dan maklumkan mereka bahawa masa untuk mansuhkan hukuman mati di Malaysia adalah sekarang.

Gunakan hashtag #MansuhkanHukumanMati #AbolishTheDeathPenalty


MAKLUMAT AKAUN MEDIA SOSIAL:

Prime Minister Dato’ Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri

Akaun Facebook: https://www.facebook.com/ismailsabri60

Akaun Twitter: @IsmailSabri60

Akaun Instagram: @ismailsabri60



MinistMenteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Akaun Facebook: https://www.facebook.com/dswanjunaidi

Akaun Twitter: @dswjtj

Akaun Instagram: @wanjunaidi_tuankujaafar


CONTOH TWEET ATAU MESEJ:

  • Hukuman mati tidak mencegah jenayah. Pelaksanaan hukuman mati tidak mejamin keselamatan komuniti. Tamatkan hukuman mati sekarang @IsmailSabri60 @dswjtj
  • Masa untuk Malaysia memansuhkan hukuman mati sudah tiba @IsmailSabri60 @dswjtj #AbolishTheDeathPenalty #MansuhkanHukumanMati
  • Hukuman mati adalah hukuman yang paling kejam, tidak berperikemanusiaan, dan merendahkan martabat manusia. Memberi kuasa budi bicara kepada hakim untuk menentukan hukuman sesuai boleh menjadi langkah pertama yang kritikal ke arah pemansuhan hukuman mati secara keseluruhannya di Malaysia. @IsmailSabri60 @dswjtj #AbolishTheDeathPenalty #MansuhkanHukumanMati
  • Hukuman mati menafikan hak untuk hidup dan hak untuk hidup bebas daripada penyeksaan dan hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan, atau merendahkan martabat. Kedua-dua hak ini dilindungi di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Masa hukuman mati mandatori ditamatkan di Malaysia sudah tiba @IsmailSabri60 @dswjtj #AbolishTheDeathPenalty #MansuhkanHukumanMati
  • Malaysia, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, kita harus menjunjung piawaian hak asasi manusia. Pengenaan hukuman mati mandatori adalah dilarang di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
  • Hukuman mati mandatori adalah dilarang di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Malaysia harus memenuhi kewajipan hak asasi manusia antarabangsanya dan mengambil langkah ke arah pemansuhan hukuman mati secara keseluruhan @IsmailSabri60 @dswjtj #AbolishTheDeathPenalty #MansuhkanHukumanMati
  • Pada tahun 1977, hanya 17 negara telah memansuhkan hukuman mati. Hari ini, 108 negara di dunia dah berbuat demikian. Sudah tiba masanya kita menyertai mereka @IsmailSabri60 @dswjtj #AbolishTheDeathPenalty #MansuhkanHukumanMati
  • Hukuman mati mendiskriminasi golongan miskin, kaum minoriti, dan juga wanita. Sudah tiba masanya untuk memansuhkan hukuman ini. @IsmailSabri60 @dswjtj #AbolishTheDeathPenalty #MansuhkanHukumanMati
    https://www.amnesty.org/en/wp-content/uploads/2021/05/ACT5010782019ENGLISH.pdf

LATAR BELAKANG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi mengumumkan bahawa menjelang akhir Februari, Kabinet akan meneliti hasil penyelidikan jawatankuasa khas yang ditugaskan pada 2019 untuk mengkaji alternatif kepada hukuman mati, bagi memulakan reformasi perundangan. Ini merupakan PELUANG KRITIKAL untuk kita menyeru anggota Kabinet supaya memansuhkan hukuman mati bagi segala kesalahan.

Pada Ogos 2019, pentadbiran Pakatan Harapan telah mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Hukuman Alternatif Kepada Hukuman Mati Mandatori, untuk mengkaji dan mengesyorkan alternatif kepada hukuman mati mandatori serta langkah peralihan bagi mereka yang telah dihukum mati. Jawatankuasa Khas tersebut menjalankan perundingan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan di seluruh negara dan menyerahkan laporannya kepada kerajaan pada Februari 2020. Walau bagaimanapun, kerajaan tumbang sebelum rang undang-undang untuk pemansuhan hukuman mati dapat dibentangkan di Parlimen. Pada Januari 2022, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mengumumkan bahawa hasil penyelidikan Jawatankuasa Khas tersebut akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum akhir Februari.

Oleh demikian, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa kerajaan akan bertindak untuk menamatkan penggunaan hukuman mati mandatori di Malaysia sebagai langkah seterusnya ke arah pemansuhan hukuman mati secara keseluruhan. Terdapat juga kemungkinan bahawa kerajaan akan mengambil keputusan untuk mengekalkan hukuman mati mandatori, dan ini akan merupakan kemunduran kepada usaha untuk memansuhkan hukuman mati. Kini, kita ada peluang mencetuskan salah satu perubahan yang paling ketara dalam sejarah negara kita—AMAT PENTING KITA BERTINDAK.




HUKUMAN MATI DI MALAYSIA IN MALAYSIA

Hukuman mati kini dikekalkan untuk 33 kesalahan di Malaysia, termasuk 12 kesalahan yang dijatuhkan hukuman mati secara mandatori. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia kebanyakkannya digunakan untuk kes pembunuhan dan pengedaran dadah, tetapi tidak kira kesalahan yang dilakukan, pelaksanaan hukuman mati ini kerap melanggar undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Laporan Amnesty International 2019 Kepincangan Membawa Maut: Mengapa Malaysia Perlu Mansuhkan Hukuman Mati telah membangkitkan beberapa kelemahan. Ini termasuklah bantuan guaman yang tidak menyeluruh; kekurangan keprihatinan terhadap penyeksaan dan kekejaman yang lain ketika dalam soal siasat polis; penggunaan kenyataan atau maklumat yang diperolehi tanpa kehadiran pihak peguam; anggapan bersalah dalam kes-kes pengedaran dadah; proses pengampunan yang kurang telus; dan penggunaan meluas hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menepati kriteria “jenayah paling serius” atau pembunuhan yang berniat.

Siapakah yang dihukum mati?

Analisa data kami pada Februari 2019 menunjukkan bahawa 1,281 orang telah dilaporkan dihukum mati di Malaysia, termasuk 568 org (44%) warga asing. Dari jumlah keseluruhan tersebut, 73% telah dihukum kerana pengedaran dadah. Angka ini meningkat dengan pesat sehingga 95% di kalangan wanita.

Dalam kebanyakan kes yang disemak oleh Amnesty International, kebanyakkan lelaki dan wanita yang disabitkan atas kesalahan membawa kuantiti dadah yang kecil, berfungsi sebagai keldai dadah dan tidak melibatkan sebarang keganasan. Undang-undang antarabangsa melarang penggunaan hukuman mati wajib, dan hanya membenarkan hukuman ini digunakan untuk kesalahan yang menepati tahap jenayah paling serius, seperti membunuh dengan niat.

Kebimbangan lain yang disebut dalam Fatally Flawed termasuk bilangan golongan kaum minoriti tertentu yang terlebih diwakili di kalangan pesalah hukuman mati, manakala maklumat yang ada menunjukkan sebahagian besar dari pesalah ini adalah dari golongan adalah dari taraf sosioekonomi yang rendah. Kepentingan penemuan ini menjadi lebih berat apabila dipertimbangkan dalam konteks undang-undang dan dasar yang mendedahkan pelbagai lapisan penguatkuasaan hukuman mati sewenang-wenangnya.

Sejak Julai 2018, Malaysia telah meletakkan moratorium ke atas pelaksanaan hukuman mati. Walau bagaimanapun, ramai penjenayah tetap dijatuhkan hukuman mati—sehingga November 2021, terdapat 1,359 banduan akhir.

Reformasi ditangguh

Pada Mei 2018, kerajaan baharu telah dipilih dengan manifesto untuk mengkaji semula penggunaan hukuman mati di Malaysia. Selaras dengan manifesto tersebut, kerajaan telah membentuk jawatankuasa khas pada 2019, yang ditugaskan untuk mendapatkan pandangan mengenai alternatif kepada hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan. Amnesty International menyeru agar kerajaan Malaysia merebut peluang ini untuk memansuhkan sepenuhnya hukuman mati, dengan memberi kuasa budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman yang dianggap sesuai sebagai langkah pertama.

Bagaimanapun, selepas hasil penyelidikan jawatankuasa khas telah dipermukakan pada tahun 2020, kerajaan telah jatuh dan bersamanya, momentum untuk perubahan. Walaupun moratorium ke atas pelaksanaan hukuman mati telah kekal sejak 2018, kerajaan baharu, sehingga baru-baru ini, tidak membuat susulan mengenai usaha untuk memperubahkan undang-undang hukuman mati di negara kita.


BACAAN LANJUT

2021 World Day Against the Death Penalty: The additional burden of the death penalty on women

Fatally flawed: Why Malaysia must abolish the death penalty

Amnesty International’s Work on the Death Penalty

Amnesty International Global Report: Death Sentences and Executions, 2020

Death Penalty in 2020: Facts and Figures