Siaran Media Bersama
Amnesty International Malaysia & Justice for Sisters
16 Julai 2025
Justice for Sisters dengan kerjasama Amnesty International Malaysia, melancarkan laporan penting hari ini mendedahkan skala dan skop penapisan yang membimbangkan terhadap kandungan berkaitan LGBTIQ di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Malaysia 1984 (PPPA).
Bertajuk “Censorship of LGBTIQ Expressions under the PPPA”, laporan itu memfokuskan bagaimana PPPA telah menjadi alat tumpul untuk menyekat kebebasan bersuara dan mengukuhkan diskriminasi yang disokong kerajaan terhadap golongan LGBTIQ.
Antara 2020 dan Mei 2025, 13 penerbitan dengan tema atau kandungan LGBTIQ telah diharamkan di Malaysiadi mana ia membentuk hampir separuh (42%) daripadakesemua penerbitan yang dilarang di negara ini. Penerbitan yang diharamkan termasuk buku, novel grafik, jam tangan, pembungkusandan juga kotak serta pembungkus. Dalam tempoh hanya lima bulan pertama 2025, bilangan barangan larangan di bawah PPPA telah meningkat dua kali ganda berbanding pada keseluruhan tahun 2024 Ia menunjukkan perkembangan yang membimbangkan bahawa penapisan semakin meningkat di Malaysia.
“Data menunjukkan arah aliran yang jelas: terdapat peningkatan mendadak dalam penapisan oleh kerajaan ke atas penerbitan LGBTIQ di bawah samaran kemoralan awam dan keselamatan negara yang merupakan justifikasi yang kabur dan terlalu luas,” kata thilaga sulathireh, pengasas bersama Justice for Sisters.
“Menggunakan istilah ini dengan niat diskriminasi bukan sahaja tidak sah malah melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”
Laporan itu menghuraikan bagaimana keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam dan kemoralan awam digunakan sebagai alasan untuk mengharamkan penerbitan berkaitan LGBTIQ iaitu istilah yang tidak tertakrif dan digunakan secara sewenang-wenangnya. Tindakan ini melanggar Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik yang mana kedua-duanya melindungi kebebasan bersuara dan melarang diskriminasi.
Ia juga mendokumenkan kesan buruk penapisan terhadap individu LGBTIQ berdasarkan penemuan daripada kajian 2021 termasuk:
- Penapisan diri dan penindasan identiti: Hampir 48% responden LGBTIQ melaporkan terpaksa mengehadkan tahap ekspresi diri mereka kerana rasa keselamatan yang merosot.
- Beban kesihatan mental: 56% mengatakan bahawa diskriminasi yang didukung kerajaan menyebabkan peningkatan tekanan dan beban kesihatan mental.
- Kekurangan kepercayaan: Hanya 17% berasa selesa melaporkan diskriminasi kepada pihak berkuasa.
- Penghijrahan paksa: 39% pernah terfikir atau merancang untuk berhijrah atau mencari suaka akibat daripada sentimen anti-LGBTIQ yang semakin meningkat.
“Laporan ini bukan sahaja menyerlahkan penapisan yang semakin meningkat terhadap kandungan berkaitan LGBTIQtetapi juga kuasa yang lebih luas dan berbahaya yang diberikan oleh PPPA kepada kerajaan untuk mendiamkan ekspresi merentas masyarakat,” kata Kiran Kaur, Pegawai Kempen Kebebasan Bersuara di Amnesty International Malaysia.
“Undang-undang dan tindakan kerajaan harus menggalakkan promosi dan perlindungan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Undang-undang seperti PPPA tidak boleh dipersenjatakan oleh pihak berkuasa untuk membungkam suara LGBTIQ dan menyebarkan naratif berbahaya yang berakar pada diskriminasi.”
Penapisan yang semakin meningkat terhadap penerbitan LGBTIQ merupakan sebahagian daripada tindakan keras yang lebih meluas terhadap kebebasan bersuara di Malaysia. Ini diburukkan lagi dengan cadangan pindaan kerajaan Madani kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) yang bukan sahaja meluaskan skopnya kepada penerbitan digital, tetapi juga kepada perkara berkaitan 3R—bangsa, agama, dan raja. Ini merupakan satu perluasan kuasa kerajaan yang membimbangkan, yang mengetatkan kawalan terhadap wacana awam dan mempercepatkan penghakisan ruang sivik rakyat Malaysia.
Pindaan ini turut mencadangkan peningkatan hukuman jenayah sedia ada, peluasan kuasa pencarian dan rampasan, serta pengembalian keperluan permit dan pelesenan untuk organisasi media—semuanya tindakan yang menjejaskan perkembangan kebebasan media yang telah dibina selama bertahun-tahun.
Amnesty International Malaysia dan Justice for Sisters menyeru:
- Pemberhentian serta-merta pindaan regresif kepada PPPA;
- Pemansuhan PPPA dan undang-undang lain yang menindas seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia;
- Pembaharuan undang-undang dengan kadar segera untuk menyelaraskan undang-undang Malaysia dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa berkenaan kebebasan bersuara dan prinsip tak berdiskriminasi.
Untuk sebarang pertanyaan media atau ingin mengatur sesi temu bual bersama jurucakap, sila hubungi Pegawai Komunikasi Amnesty International Malaysia, Divya Shesshsan Balakrishnan melalui e-mel, [email protected]

Ask Malaysia to repeal laws that restrict freedom of expression
Sign the petition